April 15, 2009

Pohon Dan Baja Pohon II


Menanam pokok memang mudah. Tapi nak menjaganya payah. Cuma apa yang penting, penjagaan bahagian akarnya. Atas dasar kasih sayang kita pada pokok yang ditanam, setiap hari kita akan menyiramnya. Mungkin dua minggu sekali kita membajanya. Apapun zat-zat itu akan diserap oleh bahagian akar pokok. Makanya, untuk pokok itu terus hidup dan segar, akarnya perlu kuat. Kerna, dibahagian itu yang diharapkan untuk menyerap semua zat, lalu disalurkan ke bahagian-bahagian lainnya.

Bahagian lain pokok itu (batang, daun, bunga, buah), mungkin sekali-sekala kita trim, buang daun-daun buruk, cantas dahan atau ranting mana yang patut. Yang pastinya itu caranya menjaga pokok.

Sama seperti manusia, dalam mencari dan menguatkan generasi penerus. Untuk terus kuat dalam melaksanakan syariat Tuhan yang penting adalah kuatkan ikatan mereka (dan kita sendiri) dengan Allah, juga ikatan kita sesama manusia. Kerna, ikatan itu adalah tunjang Islam dan dengan kuatnya ikatan itu, manusia akan merasakan kasih sayang Allah juga sesama manusia. Akan dirasakan bahawa ilmu Allah itu satu bentuk sayangNya Allah pada manusia itu.

Natijahnya nanti, akan cantik dan baiklah cabang-cabang dan dahan-dahan ibadah dengan ilmu yang dikatakan rahmat Allah itu. Dan pastinya membuahkan hasil yang lumayan! Dengan itu, akan tercapai matlamat untuk "menegakkana ad Deen, dan tidak berpecah-belah tentangnya".

6 comments:

nazirul mubin said...

hujan yang turun bagaikan mutiara..hehe best lagu sudirman itu kan..mcm tu la..bertuah kita di anugerahkan syurga di dunia ni.dpt beza2 kan yang mana bek n x bek...n megajak yang xbek kpd yng bek... mana beskal cik dhiya

D.u.H said...

ye, kita mmg bertuah, so, kita kena jaga. heheh.

basikal letak kat umah. petang ni kayuh lagi. tingkatkan prestasi lagi...

AK said...

kita ni hanya penumpang. jadi buat la cara penumpang, merempat di tempat orang. jika yang merempat ni pun nak berbalah semsama sudah tentu mudah sahaja nak di musnah. antara insan sudah tentu ada yang tak kena pada INDIVIDU itu tapi kitalah yang berusaha mencaro PERSAMAAN agar kita dapat gunakan sepenuhnya yang TERBAIK pada setiap jiwa itu.

Basikalku nak kena servis..

AK

jeriji dan skru said...

servis la sebaik mana pun,andai tiada pengorek kubur,masakan ade pengorek kuburan manusia2 sesat tanpa brek,seperti blogger nih?

AK said...

takpe, kalau sesat, cari jalan balik. kalau taknak balik..duduk la kat situ sampai bila-bila..hahaha..

kesian...

AK

nazirul mubin said...

oh paki jenis ape cik dhiya