November 10, 2009

Mana-mana pun sama...

Berkayuh di mana-mana pun sama saja, baik di bukit, jalan rata, bukit landai, on-road, off-road... Cabarannya pasti ada cuma beda. Yang pasti, adakah diri siap untuk meneruskan kayuhan hingga ke akhir garisan. Atau tidak mampu lantas berhenti dan menyorong basikal ketika menuju ke puncak, dan berkayuh ketika menuruni bukit...

Itu satu perumpamaan. Dalam menegakkan dan mempertahankan Islam, di mana sahaja, siapa saja, pasti ada cabaran-cabarannya. Cuma berbeza dengan keadaan. Contohnya, pada zaman Rasulullah dahulu, ketika itu masih belum wujud teknologi moden seperti sekarang, perjalanan orang-orang terdahulu amat sukar, ambil masa. Pendakiannya tidak semudah yang kita fikirkan.

Tetapi dalam keadaan serba moden ini, sepatutnya lagi menyenangkan kita melaksanakan perintah-perintah Allah. Tetapi jangan ambil mudah, lagi senang, lagi cepat manusia lupa, lagi cepat merasa serba cukup. Melaksanakan sambil lewa, mungkin. Atau langsung merasakan apa yang diperintahkan Tuhan tidak valid untuk diaplikasikan di zaman ini.

Sesungguhnya manusia diuji. Diuji dengan kesusahan, dan juga dengan kesenangan. Seperti berkayuh tadi, bila kayuhan mendaki, ujiannya sudah pasti kepayahan dalam memerah tenaga hingga berpeluh-peluh untuk tiba di puncak. Tenaga keupayaan bila berada ditempat tinggi adalah sama dengan jumlah beban dan ketinggian dan graviti. Cabarannya ditambah lagi dengan panas, udara yang semakin nipis, kaki yang hampir-hampir cramped.

Tetapi bila di puncak, sebelum kayuhan menuruni bukit, cabarannya mempertahankan momentum kayuhan. Masa ini lah nak tukar gear, bersedia untuk menghadapi kelajuan yang agak tinggi menuruni bukit.

Dan, ketika menuruni, nampak macam best, tapi cabarannya lagi besar. Mempertahankan kesenangan menuruni dengan halaju yang tinggi, drag dari geseran angin yang laju, juga keselamatan [belum lagi dikira kalau ada kereta atau lori di hadapan yang kejap-kejap brek, kejap-kejap brek! Huh, mencabar sungguh!] Tanpa disiplin yang tinggi mana mungkin keselamatan dapat dipertahankan. Mana mungkin kesenangan dapat dikekalkan.

to be cont'd...