July 16, 2008

Ikut Atau Tidak?

Rasulullah pernah berkata,

"Telahku tinggalkan kepada kamu dua perkara pusaka, tidaklah kamu tersesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya"

Kalau salah satu tak pegang (ikut dan laksana), pasti tersesat. namanya pun "tersesat", kalau bicara tersesat ni kadang-kadang kita tak tahu pun kita ni dah sesat ke belum. sebab kita rasa apa yang kita buat selama ini betul. Kitab Allah yang paling dekat dengan kita adalah Al Quran, jelas. Sunnah RasulNya, yakni Rasul Allah, Muhammad diangkat menjadi Rasul setelah menerima wahyu dari Allah. jadi Sunnah Rasul Allah itu adalah perjalanan perlaksanaan Muhammad berdasarkan wahyu Allah.

Wahyu pertama: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan," (96:1)

Apa yang perlu Muhammad baca ketika itu? Adakah benar Muhammad itu tidak tahu membaca? (berdasarkan apa yang kita diberitahu senasa di sekolah dulu). Benarkah Baginda seorang yang miskin? Padahalnya datuknya adalah pemimpin Mekah masa itu. Pakciknya seorang yang kaya, adakah mungkin Muhammad seorang yang miskin dan tidak tahu membaca? Kitapun tahu masa tu segala Kitab Allah dah turun. Taurat kepada Yahudi, Injil kepada Nasrani, ada lagi suhuf-suhuf Ibrahim kepada kaum Nabi Ibrahim. Akhlak Muhammad dijaga dari kecil, mana mungkin baginda tidak tahu membaca.
Jadi apa yang Allah minta Muhammad baca? mengapa walaupun Muhammad itu seorang hakim, masalah sosial masih lagi berleluasa di zaman Jahiliyah? apa yang mereka jahil? sama macam sekarang. adakah kita mahu menjadi ornag yang jahil kepada Kitab? kepada hukum Allah? kepada apa yang Allah perintahkan? Pastinya kita pun taknak mengaku kita jahil. ntahlah, mungkin ego ke apa... atau kita merasakan diri kita serba cukup?

Bila bicara rasa diri serba cukup, pasti kita takkan pernah merasakan perlu berubah. sebab kita ingat kita dah tahu semua, dah lengkap segala amalan2 kita. amalan2 tu pulak untuk kepentingan sendiri, kesejahteraan sendiri. padahal Allah kata:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh." (61:4)

Yang kita nampak kat situ berperang. sebab tu kita tak buat sebab kita tak rasa kita sedang berperang. Al Quran itu applied pada semua keadaan, dulu, kini dan selamanya. Jadi dalam keadaan kita sekarang, perang yang bagaimana? kita rasa kita duduk dalam keadaan aman, tiada peperangan, yang berperang tu Iraq, Iran, dan sebagainya. tapi kita lupa, mempertahankan hukum Islam juga satu perang. kalau nak perang sorang2 atau bukan dalam satu jemaah yang besar, pasti akan kalah. kalau ibadah tu dibuat untuk kepentingan sendiri, "alaa, aku buat, aku masuk syurga sorang2, sape taknak buat, lantak pi la masuk neraka!", mana perlaksanaan yang Allah perintahkan dari ayat di atas?

Jangan ingat apa yang kita buat tu betul selagi tidak benar2 berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasul. Selagi kita tak mengamalkan Al Quran 100%. Jangan pandang orang yang hina itu kurang ilmunya, kurang ibadahnya, salah semua perlaksanaannya. Bilal bin Rabbah seorang hamba, tetapi dengan kefahamannya serta perlaksanaannya melalui Al Quran dan Sunnah Rasul2 sebelum Muhammad, darjatnya diangkat tinggi oleh Allah.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (33:21)

Orang yang sungguh2 laksanakan Al Quran pasti mengharapkan kedatangan hari kiamat. KIAMAT, kiam, bangkit. kebangkitan Islam. kalau betul2 laksanakan, pasti sesorang tu menantikan saat2 kebangkitan Islam tu. sebab tak sabar nak menang, tak sabar nak melihat kezahiran Islam tu sendiri. sebab Allah dah janji:

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai." (9:33)

Agama dari Al Quran ini pasti akan dimenangkan ke atas segala agama. tetapi tanpa usaha, takkan Allah nak bagi menang senang2. sebab itu perlu dilaksanakan Al Quran ini sepaya nanti zaman kegemilangan Islam yang telah lama dijatuhkan (zaman Kekhalifahan terakhir, Turki Uthamniyah pada tahun 1924 - yang jatuhkannya orang Islam juag, orang yang dah tahu Al Quran) dapat dibangkitkan semula, dapat dimenangkan semula.

Kita lihat, Christian ada pemimpin mereka sendiri, Yahudi juga ada pemimpin mereka sendiri. Bagaimana dengan Islam? Siapa pemimpin kita sekarang? Mungkin pemimpin agama lain itu mentertawakan kita sebab dah la takde pemimpin, selalu bergaduh pulak tu. berpecah belah. tak kira lah dimana2 pun, Malaysia, Arab Saudi, Iraq, Iran...

Jangan kita jadi seperti apa yang Allah umpamakan dalam Al Quran. Jangan kita menjadi orang yang tahu Al Quran tetapi tidak mahu melaksanakannya. Jangan kita kata bukan kita yang layak mengkaji Al Quran, terjemahkan Al Quran sebab Allah mudahkan Al Quran dalam bahasa kita.(sebab kita pun tahu bukan, segala ilmu tu datangnya dari Allah jua)

"Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang." (19:97)

Lagipun Al Quran itu untuk semua umat manusia, tiada yang terkecuali. mengapa kita boleh kata Al Quran itu bukan senang nak faham kalau Allah kata Al Quran itu telah dipermudahkan? Sesungguhnya benarlah kata2 Allah yang Maha Agung.

Sekadar untuk kita fikirkan dan ambil sikap.

1 comment: