July 16, 2008

Akhir Zaman...

Suatu hari, ada saya terbaca artikel (e-mail dari seorang teman) berkenaan tentang perkira-kiraan (mathematically) te
ntang bila waktu berakhirnya kehidupan di bumi ini. Te
ntang kajian saintis-saintis bahawa planet bumi akan musnah dalam masa beberapa tahun lagi. E-mail itu sudah tentunya satu rantaian peringatan kepada kawan-kawan dan kaum keluarga.

Betul ke perkiraan tu, wallahu 'alam. Tapi apa yang nak saya nukilkan di sini, adalah semata-mata mengajak kita berfikir tentangnya.

Kajian yang telah di buat oleh sarjana-sarjana terdahulu termasuk Nostradamus (walaupun dia ni bukan Islam) menyatakan Islam akan bangkit pada abad ke 21.Bukan mengajak untuk percaya prediction dia, tetapi sekadar untuk berfikir. Petunjuk2 yang Allah beritahu dalam Al Quran kita dah saksikan di atas muka bumi. Hari akhirat yang haq itu pasti akan terjadi. Itu janji Allah. Dan, ingat Allah juga berkata:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." [3:102]

Jadi, walaupun kita tak hidup lagi dalam masa 58 tahun lagi (itu yang dikira oleh penulis artikel itu), atau beberapa tahun lagi pun, anak cucu kita ada lagi masa tu. Mahukah kita anak cucu kita hidup dalam keadaan Islam yang macam kita tengok sekarang? Jadi orang yang tertindas? Tidak Islam (sejahtera). Kita lihat Islam kita sekarang. Masih tidak nampakkah perpecahan? Depan mata saja. Hari
-hari bergaduh, berbahas, berbalah. Kalau tak percaya lihatlah Perbentangan Parlimen, dalam paper (minta maaf la kalau ada orang-orang yang terlibat di sini - ini sekadar untuk difikirkan). Hari-hari ada orang kata orang tu tak betul, orang ni tak betul. Betul sangat ke fahaman Islam yang kita hujahkan tu? Orang lain lihat pasti akan ketawakan kita. Cuba lihat balik diri kita.

Lihat balik hukum yang kita pakai... adakah membawa kepada kesejahteraan, keadilan (biarpun ada badan-badan keadilan)? Adakah ini lebih baik dari hukum yang Allah turunkan? Dengan hukum atau cara hidup atau lebih tepat lagi saya katakan sistem yang kita gunapakai sekarang ini, nampaknya tidak membawa kepada kedamaian. masalah sosial masih lagi berlaku, malah lebih hebat lagi dari zaman Jahiliyah
dulu. kalau dulu arak, judi kebanyakannya org bangsawan yang ambil, sekarang? Budak-budak sekolah pun boleh beli di 7-11. kondom, di mana-mana pun boleh dapat. mudah kan? Kalau dulu judi, tilik nasib mungkin tak setanding yang ada kat Genting tu. Yang terbesar dan terhebat di Asia Tenggara. Arak - tu, yang ada kat tepi highway Batu Tiga tu. Hebat bukan? Itukah istilah Islam yang kita agung-agungkan? Itukah Islam yang haq?

Masalah-masalah sosial yang ada sekarang ni. dengan hukum yang kita pakai sekarang, kalau orang berzina hukumnya bayar dengan duit. Dan sudah pastinya itu bisa diatur. Bayar duit je. Boleh buat lagi. Kalau mencuri, masuk jail, keluar boleh buat lagi. Sejahterakah itu? Kit
a pun rasa tak selamat nak duduk dalam negara yang so-called Islam ni.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui. sebab itu diturunkan cara hidup atau hukum yang menjaminkan kesejahteraan dalam Al Quran. Sebab Dia dah tahu kelemahan manusia ini. Kalau hukumNya dilaksanakan secara total (100%) pasti akan sejahtera. Tapi entah mengapa nikmat Tuhan itu yang didustakan. Kita lebih nampak nikmat yang kita dapat sekeliling kita saja. Tapi kita tak nampak nikmat tebesar yang Allah beri yakni Al Quran. Cuba baca dan lihat dalam surah ke 55 yaitu Ar Ra
hmaan. Allah ceritakan segala macam nikmat yang diberi kepada kita. Tapi selepas setiap nikmat tu apa yang Allah kata?

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [55:13]

Pastinya nikmat yang satu itu (al Quran). Kebanyakan org Islam kita sekarang mengambil sebahagian ayat-ayat Allah itu untuk apa? Untuk ubat, murah rezeki, hidup senang. ada jugak yang digunakan untuk halau hantu? Adakah itu yang Allah perintahkan melalui Al Quran. Kebanyakan org nampak al Quran itu adalah cerita-cerita, kisah-kisah nabi, Rasul-Rasul. Lantas orang-orang itu berkata Al Quran ni turun untuk zaman-zaman tu je, tak kena dengan kita. Kita ni berada dalam zaman moden, Al Quran tak apply. Jadi setakat itu je lah kegunaan Al Quran. Cerita-cerita, doa-doa nak murah rezeki, doa-doa nak tenang. Tetapi adakah kita berfikir dan mengambil pengajaran dan pelajaran daripada kisah2 yang diceritakan?

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." [12:111]

Allah tak turunkan suka-suka pada Muhammad dan pada kita semua. Bukan sekadar cerita-cerita. Al Quran dan Islam bukan magic2. Bukan sihir yang nyata, baca je jadi kaya, baca je murah rezeki. Kalau tak usaha untuk dimurahkan rezeki, bagaimana Allah nak nilai ketaqwaan kita. Kalau nak sejahtera, mengapa tidak diusahakan mensejahterakan bumi Allah dengan hukumnya? Mengapa kita masih lagi bergantung kepada suatu sistem/cara hidup ciptaan manusia yang pastinya tidak mengukuhkan kedudukan kita sebagai orang Islam?

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]

Nampaknya kebanyakan kita mengambil hanya sebahagian dari Al Quran sebagai cara hidup kita. Padahalnya Allah perintahkan untuk mengambilnya secara total (100%). Jadi hukum yang kita pakai juga bukan 100% hukum yang sejahtera. Kita ada hukum lain yang dilaksanakan. Hukum dari Allah hanya applicable di mahkamah syariah sahaja (itupun hanya membicarakan masalah2 kawin-cerai, sumbang mahram, harta pusaka). Malah hukum sivil yang diciptakan manusia itu lebih tinggi kuasanya dari hukum syariah. Bukankah itu juga dipanggil mensyirikkan Allah melalui hukumNya?

Jadinya, bagaimana kita nak mati dalam keadaan Islam yang sebenar? Kiamat makin hampir. Adakah kita benar2 bersedia dengan ibadah yang kita laksanakan berlandaskan perintah Allah dalam Al Quran? Adakah ibadah kita 100% berdasarkan syariat yang diturunkan? Apakah usaha kita dalam menegakkan agama yang benar ini? Allah berfirman:

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai." [9:33]

Allah berjanji agama yang haq itu yang akan dimenangkan di atas segala agama yang ada di dunia ini. Tapi adakah kita sendiri perlu menunggu ia menjadi nyata? Janji Allah pasti benar, tetapi kita sendiri perlu berusaha untuk menangkan ia. Sekarang zaman bertindak, bukan zaman menunggu. Itu juga yang dilaksanakan oleh Rasul2 Allah bila menerima wahyu dari Allah yang mana masa itu keadaan tempat tinggalnya adalah huru-hara dengan berbagai masalah sosial dan sebagainya. Dengan keadaan kita sekarang yang lebih teruk dari zaman Muhammad dulu, adakah kita perlu menunggu? Mengapa kita tidak kembali kepada suatu yang lebik baik, lebik haq? Al Quran itu applicable dulu, kini dan selamanya.

Maka, berfikirlah kita, gunakanlah akal... kerana itu adalah lebih baik bagi kita.

"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya."[10:100]