September 14, 2012

Matahari Sejuk


gelap, dingin
amat buta sekali
tiada segaris pun
tidak sedikit sekalipun
cahaya
tiada yang menerangkan

sepi dan bisu
tiada apa yang mahu dikatakan
tiada siapapun yang mahu berkata
malah tidak pandai sedikitpun
tiada keterangan...

{{Matahari Sejuk}}
[13.09.2012]


dan matahari sejuk itu
masih bersinar
cuba menerjah gelap yang buta
walau tak dipandang

lihat
ia masih lagi matahari
walaupun ia matahari sejuk...


{{Matahari Sejuk II}}
[13.09.2012]

dan demi Tuhan
demi matahari sejuk itu
aku boloskan diri dari kebutaan ini

agar ku tak kebisuan lagi...

{{Matahari sejuk III}}
[14.09.2012]

No comments: