Tiada jalan tengah membahagi
Jalan kanan penuh duri
Ada bukit perlu didaki
Jalan yang kering lagi sunyi
Jalan kiri dihias bunga
Kolam air menanti di sana
Musafir lalu hilang dahaga
Kanan bersinar cahaya
Semua nampak nyata
Tiada yang sia-sia
Kiri cahaya dusta
Fatamorgana di tanah rata
Bayangnya tiada makna
Menanti di hujung kanan
Satu sinar ketetapan
Syurga indah milik Tuhan
Menanti di hujung kiri
Kesesatan sudah pasti
Seburuk-buruk tempat kembali
Jalan mana yang engkau ambil
Hujung mana yang engkau tuju
Akhiran mana yang engkau harap
Tiada paksaan atas pilihanmu
Kerna telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat
4 comments:
jalan yang kanan..tiada jalan lain yang perlu di tempuh,...itu sj yang haq...
hmm.. tapi jalan itu lah yang ramai taknak tempuh...
~kelak mereka akan mengetahui~
jalan yg sunyi hanya ditemani oleh Kasih Terkasih, jalan kanan yg terang, lapang.. kebenaran sejati dalam terang cahayaNya..
terimakasih ukhti, berkenan visit di blog saya
betol dhiya..moga nnti mereka akan mengerti
Post a Comment